Memoir Putera Lapis Mahang

Memoir Putera Lapis Mahang
YANG AWAL DAN YANG AKHIR

Saturday, September 6, 2025

M 158 : SENSASI TIDAK KENA TEMPAT

 


GENERAL BUKAN MELAYU
"SENSASI TIDAK KENA TEMPAT"


Pada 24 Jun 2025, terpapar berita di semua akhbar tempatan mengenai kenaikan pangkat Mejar Jeneral Dato' Johnny Lim Eng Seng (Komandan Maktab Ketahanan Nasional) ke pangkat Leftenan Jeneral.


Lt Jen Johnny Lim, seorang pegawai kanan dari Rejimen Renjer Diraja, melakar sejarah sebagai pegawai ATM berbangsa Cina yang pertama dinaikkan ke pangkat tersebut.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2025/06/1411938/johnny-lim-anak-cina-pertama-naik-pangkat-leftenan-jeneral-atm#:

Pastinya, catatan sejarah itu meraih perhatian pelbagai lapisan masyarakat. Ia kemudiannya menjadi tular (viral) di media sosial (medsos) terutamanya facebook dan instagram. Ada komen positif dan ada komen negatif. Penulis boleh membahagikan komen netizen kepada 3 kumpulan berikut:

(1)  Bagi yang mengenali Dato' Johnny atau anggota ATM yang pernah berkhidmat bersama atau di bawah beliau, mereka mengucapkan tahniah di atas pencapaian tersebut dan menambah bahawa beliau sememangnya amat layak menerima kenaikan pangkat itu.

(2)  Bagi pendukung kumpulan politik yang mempunyai rasa kecurigaan yang tinggi terhadap bangsa Cina, apalagi dalam keadaan terkini dimana ahli politik Cina dari DAP yang dahulunya dilabel sebagai memperjuangkan Malaysian Malaysia, kini berada dalam kerajaan. Mereka mendakwa atau berperasangka bahawa kenaikan pangkat ini adalah agenda pemimpin Cina dalam Kerajaan. 

(3)  Bagi kumpulan lain, khususnya dari kalangan bukan Melayu menganggap bahawa kenaikan pangkat ini adalah sekadar mengabui mata rakyat untuk menarik perhatian bukan Melayu menyertai ATM. Malah mereka menekankan bahawa wujud diskriminasi dalam hal kenaikan pangkat terhadap pegawai bukan Melayu di dalam ATM. Malah terdapat 'kata-kata yang lebih ekstrim (jahat) lagi yang menyatakan bahawa jika pegawai bukan Melayu mahu mudah naik pangkat lebih tinggi dalam ATM, mereka perlu masuk Islam atau masuk Melayu dulu. Ada yang lebih ektrim lagi yang menghina pegawai-pegawai Cina yang dinaikkan ke pangkat Jeneral ini - anda boleh baca website ini : https://forum.lowyat.net/topic/3064812/all

Maklum balas di atas bukan perkara baru, ia akan timbul semula apabila berita seperti ini tersiar di media. 

WAHAI RAKYAT MALAYSIA, SILA FAHAMI SITUASI INI

(1)  PERJAWATAN

Kenaikan pangkat dalam mana-mana organisasi adalah berdasarkan perjawatan. Sepengetahuan penulis, di dalam struktur organisasi ATM yang berbentuk piramid, perjawatan pangkat JENERAL hanya ada empat, iaitu: SATU perjawatan bertaraf Gred Turus III atau VU4 (Panglima Angkatan Tentera); dan TIGA jawatan Gred JUSA A atau VU5 (PTD, PTL & PTU). 

Jika ada penyandang yang melebihi jumlah di atas, ia merupakan pangkat Khas Untuk Penyandang (KUP). Pada masa yang sama pihak berkuasa (Kerajaan) dengan mengikut peraturan yang ada, boleh menaikkan gred pangkat; contohnya menaikan taraf jawatan PAT dari Gred VU4 kepada VU3.

CATATAN KHAS: Pada 4 Sep 2017, Dato' Seri Mohamad Fuzi (Ketua Cawangan Khas) telah dilantik menjadi Ketua Polis Negara (pangkat IGP- Gred Turus III/VU4). Timbalan KPN(pangkat DIGP - VU5) ketika itu, Tan Sri Noor Rashid bin Ibrahim dikekalkan dalam pangkat DIGP dan jawatan Timbalan KPN tetapi dinaikkan jawatan ke Gred VU 4.
(https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2017/09/04/pelantikan-mohamad-fuzi)

Manakala perjawatan pangkat Leftenan Jeneral - bertaraf Gred JUSA B atau VU5 terdapat 17 perjawatan, iaitu 5 Terbuka (TDM/TLDM/TUDM), 6 khas untuk TDM, 3 khas untuk TLDM dan 3 khas untuk TUDM.

Jika suatu ketika ada penyandang yang melebihi jumlah di atas, ia merupakan pangkat Khas Untuk Penyandang (KUP). 

Bagi pangkat Gred JUSA C/VU6, terdapat 48 (mungkin tidak tepat) perjawatan hakiki dalam ATM; terdiri dari 11 perjawatan Terbuka (TDM/TLDM/TUDM), 19 perjawatan khusus TDM, 10 TLDM dan 8 TUDM. Jika suatu ketika ada penyandang yang melebihi jumlah di atas, ia merupakan pangkat Khas Untuk Penyandang (KUP) atau perjawatan Pool di bawah jurisdiction PAT atas keperluan perkhidmatan.

(2)  KUASA MELULUS

Setiap pengisian perjawatan Pegawai Kanan ATM (Kolonel dan setaraf dan ke atas) bukanlah satu proses yang mudah. Ia mestilah melalui cadangan dari Panglima Perkhidmatan masing-masing (setelah diperakui di peringkat tertinggi Perkhidmatan) untuk ditaja ke Lembaga Pemilihan Pegawai-Pegawai Kanan ATM sebelum dibawa ke Majlis Angkatan Tentera (MAT) yang dipengerusikan oleh Menteri Pertahanan.  Keputusan MAT akan dibawa untuk perkenan DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong selaku Panglima Tertinggi ATM.

(2)  MAJORITI DAN KEISTIMEWAAN

Dalam keadaan biasa, di mana-mana organisasi sekali pun, sama ada organisasi awam (Kerajaan) atau swasta, mahu pun perniagaan, kumpulan majoriti adalah pemerintah.  

Peratus bukan Melayu di dalam ATM (begitu juga PDRM dan APMM) adalah sangat rendah. Mungkin kurang dari 5%. Oleh itu, kewajaran untuk kesemua pegawai tinggi dalam organisasi ini terdiri dari kalangan bangsa Melayu tidak boleh dipertikaikan.

Suatu ketika dahulu, sebaik sahaja negara mencapai kemerdekaan, ramai kalangan pegawai ATM terdiri dari bukan Melayu terutamanya dalam Rejimen Renjer atau Kor/Rejimen yang bersifat teknikal seperti Jurutera, Kesihatan, Jurutera Letrik dan Jentera, Perkhidmatan dan Ordnans. Pada ketika itu ramai kalangan bukan Melayu berpeluang menjawat jawatan hingga ke peringkat Panglima Divisyen, Panglima Briged, Pengarah-Pengarah Kor-Rejimen. Begitu juga di dalam Perkhidmatan TLDM dan TUDM.  Malah, Ketua Turus TLDM yang pertama adalah berbangsa India. Ramai kalangan Ketua-Ketua Skuadron Operasi (Penerbangan) di dalam TUDM adalah berbangsa Cina dan India. Perkara ini berterusan sehingga tahun 1990an apabila jumlah pegawai berbangsa Cina dan India semakin berkurangan.

Pun begitu, ATM tetap tidak meminggirkan peluang bukan Melayu memegang jawatan tinggi walaupun peratusan bilangan mereka amat kecil. Sudah semestinya mereka tidak akan berpeluang menjawat Panglima atau Timbalan Panglima Perkhidmatan. Sehingga kini sudah terdapat 5 pegawai kanan bukan Melayu yang berpeluang mencapai pangkat Jeneral 3 Bintang (Leftenan Jeneral) termasuk Dato' Johnny Lim. Mereka yang telah mencapai tahap ini sebelum beliau ialah Lt Jen Dato' Dr William R. Stevenson (Serani), Lt Jen Datuk Stephen Mundaw (Iban), Laksdya Datuk Aris Adi Tan (Cina) dan Laksdya Dato' Ganese Navaratnam (India).

    
Lt Jen Dato' William Stevenson (B); Lt Jen Datuk Stephen Mundaw (B); dan 
Laksdya Dato' Aris Adi Tan

  
Laksdya Dato' Ganese dan Lt Jen Dato' Johnny Lim (B)

Jika ada tanggapan negatif yang menyatakan bahawa walaupun ada pegawai bukan Melayu yang lebih baik prestasinya, ATM tetap akan memilih Melayu kerana kewujudan quota 'istimewa' ini. Jawapan mudah penulis ialah: Melayu yang terpilih ke pangkat dua atau tiga atau empat bintang KETIKA ia dinaikkan pangkat bukanlah semuanya yang terbaik KETIKA itu. Terdapat Melayu lain yang mungkin lebih baik dari mereka tetapi ada faktor lain yang menyebabkan mereka tidak terpilih KETIKA itu. Paling LAYAK dengan TERBAIK adalah dua perkara yang berbeza. Paling layak MUNGKIN bukan yang TERBAIK dan yang TERBAIK tidak semestinya paling LAYAK.

Dalam satu proses perolehan secara TENDER TERBUKA, tawaran yang TERMURAH bukan bermakna produk pilihan TERBAIK.  Walaupun asas pemilihan mencari yang termurah dan memenuhi spesifikasi, jika Lembaga Tentera memlilih yang tawaran yang TERBAIK, ia tidak bermakna mereka mesti memilih yang termurah.

Kalau pembaca merujuk kepada penulisan di bawah Tajuk M 073: Family of Stevenson in the MAF bertarikh 8 April 2014, penulis ada ada menceritakan perihal kecemerlangan ramai individu dari kalangan bukan Melayu, khususnya bangsa China yang menggadai atau berkorban jiwa dan raga, sama-sama untuk mempertahankan kedaulatan negara Malaysia tercinta ini.

Ramai antara mereka turut menerima pingat keberanian tertinggi negara seperti SP, PGB, JPP dan PTU. Malah disebabkan oleh nature rupa wajah dan bahasa ,mereka melaksanakan peranan yang jauh lebih berat dari anggota tentera dan polis Melayu sendiri.  Oleh kerana majoriti keanggotaan gerila Parti Komunis Malaya (PKM) adalah bangsa China (Tionghua), maka anggota tentera dan polis dari bangsa ini juga yang terpilih atau bersukarela untuk menyusup dalam kem-kem pemberontak PKM, hidup bersama mereka selama bertahun-tahun, mengumpul maklumat perisikan untuk pasukan keselamatan. Mereka membawa bersama risiko MATI - sama ada dibunuh oleh gerombolan pemberontak itu atau terkena tembakan (serangan) pasukan keselamatan yang tidak mengetahui keberadaan mereka di dalam kem atau penempatan PKM itu. 

Tidak kurang ramainya juga yang menyamar sebagai petani/pekebun di pinggir hutan atau sebagai pekerja estet di ladang-ladang getah yang bersempadan dengan hutan yang sering menjadi sasaran pemberontak PKM untuk mendapatkan bantuan bekalan makanan dan ubat-ubatan. 

Dari sumbangan BERANI MATI inilah banyak operasi sabotaj PKM dapat dipatahkan, ramai anggota gerila PKM dapat dipujuk untuk menyerah diri dan ramai Koamnder-Komander kanan PKM dapat dibunuh atau ditangkap hidup-hidup.

Mereka ini adalah PAHLAWAN yang tidak didendang. Mereka tidak boleh menerima penghargaan, pengiktirafan atau kurniaan pingat-pingat keberanian seperti rakan pasukan keselamatan yang lain. Nama mereka dan keluarga mereka adalah NYAWA mereka.

Jika anda membaca buku tulisan saya "HARGA DARAH NYAWA DAN PINGAT, anda akan menemui sebahagian dari mereka hanya menerima pingat keberanian bertahun-tahun setelah PKM meletak senjata dan negara ini aman dari ancaman PKM. 

Berikut adalah warga bukan Melayu (yang penulis dapat rekodkan) yang mencapai pangkat 'GENERAL'  di dalam ATM:

 
JENERAL 4 BINTANG

Tiada

JENERAL 3 BINTANG

Tentera Darat Malaysia

(1)   Lt Jen Dato' Dr.  William Rangit Stevenson (B) - jawatan terakhir beliau Ketua Eksekutif MIDAS (Malaysian Institute of Defence and Security).
(2)   Lt Jen Datuk Stephen Mundaw (B) - jawatan terakhir ialah Panglima Pemerintahan Medan Timur TD
(3)   Lt Jen Johnny Lim Eng Seng - jawatan terakhir ialah Komandan MKN.

Tentera Laut Diraja Malaysia

(1)   Laksdya Datuk Aris Adi Tan @ Tan Chin Hau bin Abdullah - jawatan terakhir ialah Komander Pasukan Petugas Khas Nasional (NTF).
(2)  Laksdya Dato' Ganesh a/l Navaratnam - jawatan terakhir ialah Presiden PUSPAHANAS.

Tentera Udara Diraja Malaysia

Tiada

JENERAL 2 BINTANG

Tentera Darat Malaysia

(1)   Mej Jen Dato N. Selvarajah (B) - jawatan terakhir ialah Panglima 3 Divisyen Infantri.
(2)   Mej Jen Dato Johan Hew  @ 
Hew Deng Onn bin Abdullah (B) - jawatan terakhir ialah Panglima Divisyen Infantri.
(3)   Mej Jen Datuk Lai Chung Wah (B) - jawatan terakhir ialah Komandan MPAT
(4)   Mej Jen Dato' Leong Siew Meng (B) - bekas Ketua Pegawai Semboyan dan jawatan terakhir ialah Komandan MPAT.
(5)   Mej Jen Dato Dr Mohandas Ramachandran (B) - jawatan terakhir ialah Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan ATM
(6)   Mej Jen Dato Hj Mohd Affendy bin Abdullah (B) - jawatan terakhir ialah AKS Logistik Pertahanan, MK ATM.
(7)   Mej Jen Dato S.Jeyabalan  (B) - jawatan terakhir ialah Inspektor Jeneral TD
(8)   Mej Jen Datuk Dr Chia Lip Meng (B) - Pakar Perubatan
(9)   Mej Jen Datuk Ranjit Singh Ramday (B) - jawatan terakhir ialah Panglima Task Force 450
(10) Mej Jen Toh Chin Siang (B) - 
jawatan terakhir ialah Panglima 1 Divisyen
(11) Mej Jen Dato' Mahendra a/l Sivapatha Sundram (B) - jawatan terakhir ialah Ketua Pengarah Operasi Pertahanan, BOLP.
(12) Mej Jen Dato' Pakianathan Dawson a/l Endry Nixon (B) - jawatan terakhir ialah Komandan Institut Pegawai Kanan (INSPEKA).
(13) Mej Jen Anuar Tai bin Abdullah (B) - jawatan terakhir ialah AKS Perkhidmatan Anggota, Markas ATM
(14) Mej Jen Datuk Suriakala a/p Suriabagavan (B) - jawatan terakhir ialah  Pengarah Tenaga Kerja, BPA.
(15) Mej Jen Dr Kwong Fook Wen (B) - jawatan terakhir ialah Inpektor Jeneral TD.
(16) Mej Jen Dato’ Padman K.P Baskaran (B) - RAJD 
- jawatan terakhir ialah Assisten Panglima Simpanan.


Tentera Laut Diraja Malaysia

(1)   Laksda Tan Sri Thanabalasingham (B) - PTL pertama (juga jawatan terakhir).
(2)   Laksda Dato Danyal Balagopal @ Balakrishnanbin bin Abdullah (B) - jawatan terakhir ialah Inspektor Jeneral ATM.
(3)   Laksda Dato Gunaselan a/l Salamuthu (B) -
(4)   Laksda Dato Tan Eng Seng (B) - jawatan terakhir ialah Panglima Pendidikan dan Latihan TLDM.
(5)   Laksda Mohd Saiful Adli Chung bin Abdullah - AKS Kejuruteraan MTL
(6)   Laksda Dato’ Chan Peng Cheng (B) - jawatan terakhir ialah Inspektor Jeneral TLDM.
(7)  Laksda Dato' Yee (Ee) Tai Peng (B) - jawatan terakhir ialah AKS Operasi dan Strategi. 


Tentera Udara Diraja Malaysia

(1)   Mej Jen Dato' Gophal Ramdass TUDM (B)- jawatan terakhir ialah Ketua Staf Operasi Udara. 
(2)   Mej Jen Dato' Ansar Ali a/l Majeth TUDM (B)- jawatan terakhir ialah Panglima 2 Divisyen Udara.
(3)   Mej Jen Dato' Teoh Siang Chang TUDM (B) - jawatan terakhir ialah Ketua Pengarah Technical Airworthiness.
(4)   Mej Jen Dato' Lim Tiow Yew TUDM (B) - jawatan terakhir ialah Timbalan AKS Perancangan dan Pembangunan.
(5)   Mej Jen Dato' Muzammir Ong @ Ong Ong bin Abdullah TUDM - jawatan terakhir ialah Komander PU Subang.
(6)  Mej Jen Dato' Johnny Loh Kok Hong TUDM (B)Mej Jen Yee Yit Hong TUDM - jawatan terakhir ialah 
(7) Mej Jen Felix Gonsalvez a/l Alexander TUDM - jawatan terakhir ialah Ketua Staf Markas Operasi Udara.
(8) Mej Jen Vincent Tong Veng Leong TUDM - jawatan kini ialah AKS J3, Markas Angkatan Bersama.


JENERAL 1 BINTANG

Tentera Darat Malaysia

(1)   Brig Jen Victor Nelson Stevenson (B) - mantan Panglima Briged AW
(2)   Brig Jen Arulparagasam (B) - bekas Panglima Briged dan bekas Komandan MTAT
(3)   Brig Jen Looi Kum Chong (B) - 
mantan Panglima Briged. 
(4)   Brig Jen Dato Chong Thean Bok (B) - mantan Panglima Briged.
(4)   Brig Jen Baljit Singh (B)  - 
mantan Panglima Briged.
(5)   Brig Jen Dato Maurice Alponsus Asiando Rodrigo  (B) - 
mantan Panglima Briged.
(6)   Brig Jen Dato Hon Mun Loong  (B) - 
mantan Panglima Briged.
(7)   Brig Jen Rajban Singh Gill (B)  - 
mantan Timbalan Panglima Divisyen.
(8)   Brig Jen Philip Lee Puh Kui (B) - 
mantan Panglima Briged
(9)   Brig Jen S. Mahendran (B)  - 
mantan Panglima Briged.
(10) Brig Jen Datuk Goh Ah Bah (B) - 
mantan Panglima Briged.
(11) Brig Jen Dato Dr Arichandra Nadarajah (B) - Pakar Perubatan
(12) Brig Jen Dato' Dr T. Thanachelvi a/p Thangarajah- Pakar Perubatan
(13) Brig Jen Dato Dr Jegathesan Singaraveloo (B)- Pakar Perubatan
(14) Brig Jen Dato Dr Sivalingam a/l Sothilingam (B) - Pakar Perubatan
(15) Brig Jen Dato' Ng Chin Huat (B) - jawatan terakhir ialah CEO SMEO Sdn Bhd
(16) Brig Jen Dato' Muhammad Daniel bin Abdullah (nee: Damian Christopher anak Dalang) - bekas Panglima 9 Briged.
(17) Brig Jen Dato' Thavachelvi a/p Thngarajan - Pakar Perubatan
(18) Brig Jen Dato' Wee Han Siew (Bersara)- 
mantan Komander Briged Roket Artileri
(19) Brig Jen Ho Chin Chai - 
mantan Timbalan Ketua Jurutera
(21) Brig Jen Loh Kooi Leong - jawatan terakhir ialah Panglima 1 Briged
(22)  Brig Jen Dato' Nazrul Edgar bin Abdullah 
- jawatan terakhir ialah Ketua Staf Tadbir dan Logistik MPMTTD.
(23) Brig Jen (Dr) Subhash a/l Govondasamy - Pakar Perubatan
(24) Brig Jen (Dr) Andrew Ng Wei Aun
(25) Brig Jen (Dr) Loh See Torng
 

Tentera Laut Diraja Malaysia

(1)   Komodor Parvithran Krishnan Nettur (B) - mendiang
(2)   Komodor Malcolm William Alvisse (B)
(3)   Laksma Lim Say Kiang (B).
(4)   Laksma Albert Thong Yin Shin (B)
(5)   Laksma Ramachandran a/l Visvanathan (B).
(6)   Laksma T.Thiruchandran a/l Thambipillay (B).
(7)   Laksma Foong Soo Hoi (B).
(8)   Laksma Dato' Nicholas Eugene Peterson (B)
(9)   Laksma K. Arasaratnam a/l Kasinater (B).
(10) Laksma Dato' Tan See Ming (B).
(11) Laksma Dato Wah Yuen Wei (B).
(12) Laksma Dato' Subramaniam a/l Raman (B)
(13) Laksma K. Soundarajan a/l Kaliappan (B)
(14) Laksma Dato' Chin Yoon Chin (B)
(15) Laksma Datuk Kay Hai Thuan (B)
(16) Laksma Datuk Ong Thiam Hock (B)
- jawatan terakhir ialah Timbalan IG ATM.
(17) Laksma Dato' Yeow Hui Siong (B)
(19) Laksma Ir Aw Teck Bin (B)
(20) Laksma Franklin Jeyasekhar Joseph (B)
(21) Laksma Dr Tay Yap Leong (B) - jawatan terakhir ialah Panglima Selam dan Periok Api.
(22) Laksma Harisundar Rajoo - Pengarah Kanan Operasi dan Latihan.
(23) Laksma Ivan Mario Andrew - Timbalan Panglima Wilayah Laut II.


 
Tentera Udara Diraja Malaysia
 
(1)   Brig Jen Dato' Huang Chew Siong TUDM (B) 
- jawatan terakhir ialah Panglima Bantuan Udara.
(2)   Brig Jen Datuk Richard Casimir Robless TUDM (B)
- jawatan terakhir ialah Panglima No 3 Div Udara. 
(3)   Brig Jen Dato' Soon Lian Cheng TUDM (B) - jawatan terakhir ialah Panglima Wilayah Udara.
(4)   Brig Jen Dato' T. Parameswaran TUDM (B) 
- jawatan terakhir ialah Timbalan Komander HQ IADS.
(5)   Brig Jen Samsuri Welch bin Abdullah TUDM (B) -nee: Samuel Ponniah Welch 
- jawatan terakhir ialah Penasihat Pertahanan di USA.
(6)   Brig Jen Datuk Toh Boon Fook TUDM (B) 
- jawatan terakhir ialah Panglima No. 1 Div Udara.
(7)   Brig Jen Dato' Goh Seng Toh TUDM (B) 
- jawatan terakhir ialah Panglima No. 2 Div Udara. 
(8)   Brig Jen Dato' Loke Kok Yee TUDM (B) 
- jawatan terakhir ialah Panglima No. 3 Div Udara.
(9)   Brig Jen Dato' Stephen Ngiau Tai Kong TUDM (B)
- jawatan terakhir ialah Panglima No. 2 Div Udara.
(10) Brig Jen Dato' Ranjit Singh Gill a/l Gurmukh Singh TUDM (B) 
- jawatan terakhir ialah Panglima No. 2 Div Udara.
(11) Brig Jen Dato' Koh Kia Lim TUDM (B) 
- jawatan terakhir ialah Inspektor Jeneral TUDM.
(12) Brig Jen Dato' Lau Kong Cheng TUDM (B) 
- jawatan terakhir ialah Ketua Bahagian Bantuan, MOU.
(15) Brig Jen Dato' Lau Ing Hiong TUDM (B) 
- jawatan terakhir ialah IGTU.
(16) Brig Jen Dato' Sun Thong a/l Ah Kue TUDM (B) 
 - jawatan terakhir ialah Timbalan Komander HQ IADS.
(17) Brig Jen Tan Chee Kee TUDM - Pengarah Penyiasatan Kemalangan Udara di Kementerian Pengangkutan.
(18) Brig Jen Tan Lai Hock TUDM - Komander PU Butterworth.

 
Rujukan tambahan:
 
www.apanama.blogspot.com
www.cpiasia.com
www.wikipedia.com
www.thestar.com.my
www.nstpi.com.my

 

 POINT TO PONDER

Dalam sejarah Angkatan Tentera Singapura (SAF) yang berusia hanya 2 tahun lebih muda dari Angkatan Tentera Malaysia, hanya DUA orang sahaja bangsa MELAYU yang diberi peluang untuk kenaikan ke pangkat Brigedier Jeneral pada tahun 2009, hanya berlaku 48 tahun selepas penubuhannya. 

Pada tahun 2009, Kolonel Ishak bin Ismail telah dinaikkan ke pangkat Brigedier Jeneral dan beliau bersara pada tahun 2011. Beliau merupakan anak Melayu pertama mencapai pangkat tersebut dalam sejarah SAF. Beliau menyandang jawatan Komander Divisyen ke 6 Tentera Darat Republik Singapura (RSA).

Pada 1 Julai 2025, Kolonel Fairoz bin Hassan menjadi anak Melayu kedua dinaikkan ke pangkat Brigedier Jeneral. Beliau merupakan Komander Divisyen ke 9 RSA.

https://www.beritaharian.sg/singapura/kolonel-fairoz-hassan-catat-sejarah-brigedier-jeneral-melayu-kedua
https://www.thenutgraph.com/spore-military-appoints-first-malay-general/

Tuesday, July 22, 2025

M 157 : NIZAM JAFFAR THE TRIPLE JUMPER

 


JENERAL TAN SRI MOHD NIZAM BIN HJ JAFFAR
PMN PSD SSPK PSAT DGSM DSDK PMW PAT SMP SDK KMN BCK PJM PNBB (Lubnan) MBA (Notts) DipStrat (UKM) FScholar (UPNM) nrc CID (France) psc (US)
PAT  KE 23  

SEDIKIT TENTANG JAWATAN PAT  

Panglima Angkatan Tentera (PAT) adalah jawatan tertinggi dalam organisasi ATM. Sebelum tahun 1980, nama jawatan ini dikenali sebagai Ketua Turus Angkatan Tentera (KTAT) atau Chief of Armed Forces Staff (CAFS).

Sejak jawatan ini diwujudkan pada 1 Jan 1964, secara tradisi, penyandangnya adalah pegawai kanan dari Tentera Darat (Army) - lebih spesifik lagi dari Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD). Tradisi ini mengambil kira bahawa Tentera Darat adalah pasukan yang paling kanan di kalangan ketiga-tiga perkhidmatan ATM (Darat, Laut dan Udara). Ia juga mengambil kira kekuatan ketumbukan Tentera Darat adalah yang terbesar berbanding kekuatan TLDM dan TUDM,

Faktor sejarah juga mendukung kuat keperluan KTTD mengetuai ATM.  Sejak mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 sehingga terbentuknya Malaysia pada 16 Sep 1963, tiada organisasi bernama Angkatan Tentera Persekutuan Tanah Melayu!.  Tentera Darat mengungguli operasi ketenteraan di Semenanjung Tanah Melayu. Penyandang jawatan KTTD yang bertaraf 'Mej Jen' hanya diambil alih oleh anak tempatan iaitu Mej Jen Tunku Osman bin Tunku Mohammad Jewa pada 5 Sep 1962. Kemudiannya jawatan ini dinaikkan taraf kepada Lt Jen pada tahu yang sama.

Ketika itu, peranan TLDM dan TUDM masih ditahap pasukan bantuan kepada Tentera Darat. KTTL dan KTTL masih disandang (dipinjamkan) oleh pegawai dari Tentera British (Royal Navy dan Royal Air Force) - yang berpangkat Captain/Commodore dan Group Captain/Air Commodore.

Ketika ATM ditubuhkan secara rasmi pada 1 Jan 1964, KTTD ketika itu, Lt Jen Tunku Osman Jewa telah dilantik menjadi Ketua Turus Angkatan Tentera (KTAT) yang pertama dari kalangan anak Malaysia. Jawatan KTAT dinaikkan ke taraf Jeneral (Jeneral 4 Bintang).

Kepimpinan tertinggi TLDM dn TUDM hanya diambil alih oleh anak tempatan pada 1 Okt 1967. Commodore K. Thanabalasaingam untuk TLDM dan Air Commodore Sulaiman bin Sujak untuk TUDM. Kedua-dua jawatan tersebut bertaraf Jeneral 1 Bintang. Pada 1 Jan 1974, taraf jawatan KTTL dan KTTU dinaikan kepada Jeneral 2 Bintang, iaitu Rear Admiral
 (RAdm) dan Air Vice Marshall (AVM). 

Pada 1 Jan 1977 nama jawatan Ketua Turus dipinda menjadi Panglima. Maka singkatan nama KTAT, KTTD, KTTL dan KTTU ditukar kepda PAT, PTD, PTL dan PTU. Jawatan PTD dinaiktaraf kepada Jeneral (4 bintang) manakala jawatan PTL dan PTU dinaik taraf kepada 3 bintang [Laksamana Madya dan Leftenan Jeneral (Udara)]. Dari segi kekananan pangkat Panglima ketiga-tiga perkhidmatan,  PTD masih kekal penyandang yang paling kanan, iaitu berpangkat Jeneral 4 Bintang. Manakala KTTL dan KTTU hanya berpangkat Jeneral 3 Bintang.

Kesemua PAT (anak Malaysia) dari yang pertama hingga ke 14 adalah  penyandang jawatan PTD sebelum dilantik menjadi PAT kecuali PAT ke 5, Jen Tan Sri Ibrahim bin Ismail (menerima gelaran Tun setelah bersara). Jawatan Tun Ibrahim sebelum dilantik menjadi PAT pada 1 Jul 1970 ialah Setiausaha Kerja Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) yang ditubuhkan untuk mentadbir negara semasa perisytiharan darurat lanjutan dari tragedi rusuhan kaum 13 Mei 1969.

Pada 1 Jan 1999, pangkat jawatan PTL dan PTU dinaik taraf kepada Jeneral penuh, iaitu Laksamana dan Jeneral TUDM. Dengan itu pangkat ketiga-tiga Ketua Perkhidmatan (Darat, Laut dan Udara) telah menjadi sama taraf.

Tradisi kepimpinan tertinggi ATM dari kalangan pegawai kanan TD ini dipecahkan apabila PTL ketika itu, Laksamana Tan Sri Mohd Anwar  bin Hj Mohd Noor telah dilantik menjadi PAT ke 15 pada 29 Apr 2005.  Pada 1 Sep 2009 giliran PTU, Jen Tan Sri Azizan bin Ariffin TUDM  pula diberi laluan untuk menjadi PAT ke 17. Individu ketiga bukan dari TD yang dilantik menjadi PAT ialah Jen Tan Sri Affendi bin Hj Buang TUDM, PAT ke 21.

SPEKULASI PAT KE 23  

Spekulasi tentang penggantian PAT mula merebak pada pertengahan Januari 2025 dikalangan warga ATM. PAT ke 22, Jen Tan Sri Mohammad bin Ab Rahman mula bertugas pada 6 Sep 2023 dan sepatutnya bersara wajib (60 tahun) pada 14 Mac 2024. Terdapat sumber tidak rasmi (radio karat) menyatakan bahawa perkhidmatan beliau telah dilanjutkan untuk tempoh dua tahun sehingga 31 Jan 2026. Namun sumber tersebut menyatakan tempoh lanjutan tersebut beliau dipendekkan ke 31 Jan 2025 sahaja. Kerajaan mencari pengganti Mohammad.

Akhbar-akhbar tempatan mula membuat spekulasi pada 27 Jan 2025 dengan menyatakan bahawa bakal PAT ke 23 bukan dari kalangan 3 Panglima Perkhidmatan yang sedia ada (sebagaimana tradisi sebelumnya). Tiga Panglima Perkhidmatan sedia ada ialah:
  • Jen Tan Sri Muhammad Hafizzudeain bin Jantan (PTD) (57 tahun) - dilantik pada 6 Sep 2023.
  • Laks Datuk Zulhelmy bin Ithnain (PTL) (57 tahun) - dilantik pada 23 Sep 2024.
  • Jen Tan Sri Mohd Asghar Khan bin Goriman Khan TUDM (PTU) (59 tahun) - dilantik pada 7 Mac 2022.
Majlis Angkatan Tentera boleh sahaja mencadangkan (untuk perkenan Yang DiPertuan Agong) mana-mana salah satu nama di atas. Ketiga-tiganya layak dan memenuhi syarat. Namun 3 nama yang diwar-warkan oleh akhbar tempatan (media cetak dan elektronik) bukan salah satu dari mereka bertiga. Berita calon PAT yang dibesarkan adalah tiga orang pegawai kanan  ATM berpangkat Leftenan Jeneral berikut:
  • Lt Jen Datuk Zahani bin Zainal Abidin TUDM (57 tahun) - Panglima Angkatan Bersama (PAB) yang dinaikkan pangkat pada 1 Jul 2022.
  • Lt Jen Datuk Tengku Muhammad Fauzi bin Tengku Ibrahim (55 tahun) - Timbalan PTD yang dinaikkan pangkat pada 18 Apr 2023.
  • Lt Jen Datuk Mohd Nizam bin Jaffar (58 tahun) - Assisten Ketua Staf Perkhidmatan Anggota (AKSPA) - dinaikkan pangkat pada 7 Nov 2024  berkuatkuasa pada 23 Feb 2024.
Ia benar-benar di luar kebiasaan. Tiada siapa yang dapat menjelaskan mengapa boleh jadi demikian. Pastinya ada sebab musababnya. Allah (swt) Maha Mengetahui.

PERLANTIKAN SEBAGAI PAT

Pada 31 Jan 2025, segala teka teki telah menjadi kenyataan. Nama Lt Jen Datuk Mohd Nizam bin Hj Jaffar telah diumumkan sebagai Panglima Angkatan Tentera ke 23 menggatikan Jen Tan Sri Dato' Seri Mohammad bin Ab Rahman. 

Tip: Jika mengambil kira jawatan terakhir yang disandang (sebelum dilantik menjadi PAT)  adalah AKSPA, maka berikut adalah jawatan-jawatan HAKIKI (Jen/Lt Jen dan setaraf ) yang lebih kanan yang dipintas oleh Mohd Nizam:
  1. Panglima Tentera Darat.
  2. Panglima Tentera Laut.
  3. Panglima Tentera Udara.
  4. Ketua Staf Markas ATM.
  5. Panglima Angkatan Bersama.
  6. Timbalan Panglima Tentera Darat.
  7. Timbalan Panglima Tentera Laut.
  8. Timbalan Panglima Tentera Udara.
  9. Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan.
  10. Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan.
  11. Naib Canselor UPNM.
  12. Presiden PUSPAHANAS (merangkap Panglima Pendidikan dan Latihan ATM).
  13. Ketua Staf Markas Tentera Darat 
  14. Panglima Medan Barat Tentera Darat.
  15. Panglima Medan Timur Tentera Darat.
  16. Panglima Armada Barat TLDM.
  17. Panglima Armada Timur TLDM.
  18. Panglima Operasi Udara.
  19. Panglima Pendidikan dan Latihan Udara.
  20. Ketua Pegawai Eksekutif MiDAS.
"KITA MERANCANG, ALLAH JUGA MERANCANG. KETAHUILAH, ALLAH ADALAH SEBAIK-BAIK PERANCANG" - Maksud Ayat 30 : Surah Al Anfal. 

PERSONALITI

Mohd Nizam bin Hj Jaffar dilahirkan pada 3 Ogos 1966 di Johor Bahru, Johor Darul Ta’zim.  Beliau menyertai latihan Pegawai Kadet Tauliah Tetap (Regular) intake ke 26 di Cawangan Kadet, Maktab Tentera Diraja (RMC).  Di atas kecemerlangannya, Mohd Nizam terpilih mengikuti latihan Pegawai Kadet (SMC Siri 853) di Royal Military Academy (RMA) Sandhurst, England dari tahun 1986 - 1987.

RMAS OCdt Mohd Nizam

Kerjaya ketenteraan Mohd Nizam setelah ditauliahkan sebagai Leftenan Muda bermula sebagai Ketua Platun di Batalion Ke-19 Rejimen Askar Melayu Diraja (Mekanize) dan seterusnya dipertanggungjawabkan sebagai Juruiring (Aide-de-Camp) kepada Timbalan Panglima Tentera Darat (1989-1990) dan Panglima Angkatan Tentera ketika itu, Jeneral Tan Sri Mohamed Hashim bin Mohd Ali (1990-1992). 

Selain pelbagai kursus kerjaya ketenteraan di dalam negara, Mohd Nizam juga telah diberi penghormatan menghadiri kursus professional military education (PME) yang berprestij tinggi seperti Junior Command and Staff Course di Bangladesh; Mid Career Management Course di Pakistan; Command and General Staff Course di Fort Leavenworth, Amerika Syarikat dan Le Collège Interarmées de Défense di  Paris, Perancis. 

Ketika berpangkat Lt Kol, Mohd Nizam  pernah menyandang tugas sebagai Pegawai Memerintah Batalion ke19 RAMD dari 15 Feb 2003 hingga 13 Ogos 2004. 19 RAMD adalah pasukan pertama beliau memulakan kerjaya sebagai pegawai muda. Beliau juga pernah berkhdmat sebagai PS1 Tenikal di Jabatanarah Infantri, Markas Tentera Darat sebelum dinaikkan ke pangkat Kol untuk menyandang jawatan Pengarah Infantri. 

Mohd Nizam mencipta sejarah sebagai pegawai kanann ATM yang pertama terpilih menghadiri kursus Global Peace Operations Initiative (GPOI) Peace Support Operations Contingent Commander Course di Monterey, Amerika Syarikat sebelum dilantik sebagai Komander Malaysian Battalion (MALBATT) 2 di Lubnan dari 27 Apr 2010 hingga 25 Jan 2011.

Sepulangnya dari Lubnan, Mohd Nizam telah diberi kepercayaan menjadi Juruiring Kebawah DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ke-14 dari tahun 2011 hingga 2016 dan dinaikkan ke pangkat Brig Jen.

Semasa berpangkat Brig Jen juga , Mohd Nizam telah diberi kepercayaan memikul beberapa jawatan penting sama ada di dalam organisasi Tentera Darat mahu pun di peringkat ATM; seperti:
  • Panglima Briged Kedua Infantri Malaysia, Ipoh; dan
  • Pengarah Pengurusan Latihan di Markas Pemerintahan Latihan dan Doktrin Tentera Darat (MPLDTD), Port Dickson.
Mengunjungi Naib Canselor UNIMAS ketika memegang jawatan Pengarah Pengurusan Latihan MPLDTD

Mohd Nizam telah terpilih sebagai salah seorang peserta dalam kumpulan pertama (first batch) untuk menghadiri kursus  PME tertinggi di dalam ATM di Maktab Ketahanan Nasional (MKN atau NRC) dari 3 Sep 2019 hingga 30 Sep 2020. Beliau telah dinobatkan sebagai peserta terbaik dan menerima  The National Resilience College Award oleh NRC Directing Staff Council. Setamatnya dari kursus tersebut beliau telah dilantik menjadi Komandan Maktab Ketahanan Nasional (MKN) mulai 1 Okt 2020 - MKN yang baru ditubuhkan pada 31 Jul 2019 adalah salah satu institusi latihan ketenteraan di bawah payung Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (PUSPAHANAS) di Putrajaya. Mohd Nizam merupakan Komandan kedua menggantikan Lt Jen Dato' Yusof bin Aziz.

Terima tugas Komandan MKN

Ketika menjadi Komandan MKN, Mohd Nizam dinaikkan ke pangkat Mej Jen pada 9 Feb 2021.

Kenaikan ke pangkat Mej Jen pada 9 Feb 2021 disempurnakan oleh PTD ketika itu, Jen Tan Sri Zamrose bin Mohd Zain

Mengambil alih jawatan AKSPA mulai 20 Dis 2023

Pada 20 Dis 2023, Mohd Nizam telah ditukarkan ke Bahagian Perkhidmatan Anggota Markas ATM (MK ATM - BPA) untuk mengambil alih jawatan Asisten Ketua Staf Perkhidmatan Anggota (AKSPA). Pada 9 Nov 2024, Mohd Nizam telah naikkan ke pangkat Lt Jen berkuatkuasa pada 24 Feb 2024. Beliau kekal dengan menyandang jawatan AKSPA.
.
Pemakaian pangkat Lt Jen untuk Mohd Nizam disempurnakan oleh PAt, Jen Tan Sri Mohammad bin Ab Rahman pada 9 Nov 2024.

Mohd Nizam juga memiliki ijazah Master of Business Administration (MBA) dari University of Nottingham dan merupakan salah seorang peneriima anugerah 
sebagai Fellow Scholar Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM). 

Kemuncak kecemerlangan serta dedikasinya dalam perkhidmatan, Mohd Nizam telah dilantik sebagai Panglima Angkatan Tentera Ke-23 pada 31 Januari 2025 dan dinaikkan ke pangkat Jeneral pada tarikh yang sama. 

Penyempurnaan pangkat Jeneral 4 Bintang oleh YB MENHAN dan PAT yang terdahulu

Serah terima jawatan dan tongkat kuasa sebagai PAT ke 23

Hari pertama melapor diri sebagai PAT

Hari pertama memasuki pejabat PAT - 4 Feb 2025



Di Istana Negara pada 2 Jun 2025, sempena dengan Hari Keputeraan Rasmi SPB Yang DiPertuan Agong XVII Sulltan Ibrahim, Mohd Nizam telah dianugerahkan Darjah Kebesaran Panglima (PMN) yang membawa gearan Tan Sri.


Jen Tan Sri Mohd Nizam bin Hj Jaffar telah mendirikan rumah tangga dengan Puan Sri Risia binti Sheikh Ali Omar Bajarai dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan.


BILA PENULIS KENAL TS NIZAM NI?  

Terus terang penulis nyatakan bahawa pertama kali penulis mendengar nama Mohd Nizam adalah ketika beliau berpangkat Kolonel - sebagai Pengarah Infantri. Sekitar tahun 2008/2009. Ketika itu, penulis juga berpangkat Kol, membuat tugas Ketua Staf Khidmat di Markas Logistik Udara. Salah seorang pegawai staf di bawah penulis (Mej Hayazi TUDM) merupakan Setiausaha Sepak Takraw ATM, manakala Mohd Nizam adalah Pengerusinya. Jadi kerap kali, jika ada tournament atau mesyuarat berkaitan Persatuan Sepak Takraw ATM, Hayazi (allahyarham Lt Kol) akan memohon pelepasan dari penulis dengan menyebut 'salam mohon izin' dari Kol Mohd Nizam.

Tip: Ketika itu, kewibawaan Mohd Nizam telah mula menyerlah di barisan 'middle management' pegawai Tentera Darat. Nama Mohd Nizam juga telah disebut-sebut sebagai pewaris kepimpinan TD atau dalam bahasa mudah kami disebut sebagai "future PTD".

Semasa Mohd Nizam menjadi Juruiring YDPA XIV (sekitar 2011 - 2016) penulis kerap bertemu dengan Mohd Nizam di Terminal Pergerakan Udara  (TPU) Pangkalan Udara Subang. Setiap 2-3 bulan, penulis kerap membuat tugas 'DUTY COLONEL' yang perlu berada di TPU  untuk menyambut atau menghantar VVIP yang disenaraikan seperti YDPA, RPA, Raja-Raja Melayu, PM dan TPM.

Perkenalan kami menjadi lebih rapat di penghujung perkhidmatan penulis. Penulis berpeluang menyertai delegasi pengiring Kontigen MALBATT 850-6 dari 13 hingga 20 Sep 2018.  Kontigen M850-6 yang diketuai oleh Kol Azhan bin Mohd Othman akan mengambil alih tugas M850-5 yang dipimpin oleh Kol Khairul Annuar bin Abd Aziz (Sep 2017 - Sep 2018). Ketika itu, penulis berpangkat Brig Jen TUDM bertugas sebagai Ketua Pengarah Operasi Logistik, Bahagian Logistik Pertahanan, Markas ATM. Manakala Mohd Nizam juga berpangkat Brig Jen (Datuk) merupakan Panglima 2 Briged di Ipoh.

Anggota delegasi kanan yang lain adalah terdiri dari Mej Jen Datuk Md Tajri bin Alwee, Panglima Latihan TD - Ketua Delegasi (bersara Mej Jen); Mej Jen Dato' Tajuddin bin Abd Ghani (bersara Mej Jen); Laksda Dato' Aris Adi Tan bin Abdullah (bersara Laksdya);  Brig Jen Datuk Hj Mohd Nizam bin Jaafar; Brig Jen Dato' Md Din bin Abu (bersara Mej Jen); Brig Jen Hj Abd Malik bin Amid (bersara Mej Jen); dan Laksma Hj Mohd Ridzuan bin Hamzah (bersara Laksda, Datuk). 

Pegawai-pegawai lain dalam kumpulan delegasi adalah Kol Dr Saravanan; Kol Adi Ridzwan bin Abdullah (bersara Mej Jen); Kol Hj Semaon bin Marjuki (sekarang Mej Jen, Dato’); Kol Yazid bin Salim (bersara Brig Jen - meninggal dunia pada 28 Jun 2025); Kol Robaai bin Rahmat (bersara Mej Jen); Kol Norazman bin Selamat (bersara Mej Jen); Kol Loh Kooi Leong (bersara Brig Jen); Kept Kamarudin bin Omar TLDM (sekarang Laksda); Kept Shaiful Nizam bin Abd Manan TLDM (bersara Laksma); Lt Kol Ab Rahman bin Mahmood (bersara Kol); Lt Kol Hjh Zainon binti Mohamed (telah bersara); Lt Kol (Ustazah) Nafisah binti Noordin (telah bersara); Lt Kol Wan Amir Zaki bin Wan Hassan TUDM (sekarang Kol TUDM); Mej Raja Mohd Azanim Putera bin Raja Yaacob (sekarang Lt Kol) dan Mej (Ustaz) Mohd Azlan Shah bin Abd Razak.  Dua lagi peserta adalah  Mej Jen Dato' Azman bin Mohd Rosli (B); dan Lt Kol Abd Talib bin H Darwami (B) dari PERNAMA.

Selama seminggu berkampung di Wisma Perwira Kem Maarakah, Lubnan menjadikan kumpulan kami begitu rapat dan mesra. Sepulangnya dari Lubnan, kami mengekalkan persahabatan melalui WAG dan kekal hingga sekarang.





Pada 28 Nov 2018, penulis melakukan tugas rasmi - lawatan kerja ke beberapa kem tentera atau atau rumah masak di bawah kontrak penswastaan perkhidmatan katering bagi Zon Utara. Lawatan ini melibatkan unit-unit di Ipoh, Sungai Petani dan Alor Setar.  Semasa tim lawatan berada di Ipoh, penulis sempat menziarahi Brig Jen Datuk Mohd Nizam di pejabatnya di Markas 2 Briged. Beliau yang ketika itu agak sibuk dengan tugas rasminya masih tetap meluangkan masa untuk menerima kehadiran penulis.

Begitulah serba ringkas perkenalan penulis dengan Jen Tan Sri Mohd Nizam. Walaupun singkat namun penuh bermakna.

Pada pemerhatian penulis, Mohd Nizam mempunyai perwatakan yang tenang, tingkah laku yang berhemah dan amat menghormati rakan pegawai yang lain, mudah dihampiri, mudah mesra TETAPI tidak akan bersembang berlebih-lebihan. 

Sebagai sahabat dari perkhidmatan lain, detik hati ini ada juga tertanya-tanya, mengapa bagaimana nama Mohd Nizam boleh hilang dari kitaran radar Tentera Darat? Jawapannya biarlah disimpan sendiri oleh Panglima-Panglima Tentera Darat sendiri. 


menghadiri perbarisan serah terima tugas PTU pada 26 Jun 2025

Menerima Darjah Kebesaran SSPK dari DYMM Sultan Kedah pada 22 Jun 2025


menerima kunjungan hormat dari PTD, Jen Tan Sri Muhammad Hafizuddeain

menerima kunjungan hormat dari PTL, Laks Tan Sri (Dr) Zulhelmy

menerima kunjungan hormat dari PTU, Jen Tan Sri Mohd Asghar Khan

Pada hari serah terima tugas PTU pada 26 Jun 2025
(Jen Tan Sri Mohd Asghar Khan TUDM (kiri) kepada Jen Dato' Sri Muhammad Norazlan TUDM)

menerima kunjungan hormat PTU yang baru

Majlis mengadap DYMM YDP Besar NS pada 16 Jul 25

bersama mantan PAT di hari terakhir perkhidmatannya

ANUGERAH DARJAH KEBESARAN , BINTANG & PINGAT 

  1. DARJAH GEMILANG SERI MELAKA (DGSM) - Ogos 2025 - membawa gelaran Datuk Seri. 
  2. SERI SETIA PAHLAWAN KEDAH (SSPK) - Jun 2025 - membawa gelaran Dato' Seri Pahlawan. 
  3. PANGLIMA MANGKU NEGARA (PMN) - Jun 2025 - membawa gelaran Tan Sri.
  4. PANGLIMA SETIA ANGKATAN TENTERA (PSAT) - 2024 
  5. PANGLIMA SETIA DIRAJA (PSD) - 2014 -membawa gelaran Datuk.
  6. PANGLIMA MAHKOTA WILAYAH (PMW) - 2012 - membawa gelaran Datuk.
  7. DATO' SETIA DIRAJA KEDAK (DSDK) - membawa gelaran Dato'. 
  8. PAHLAWAN ANGKATAN TENTERA (PAT)
  9. SETIA MAHKOTA PAHANG (SMP)
  10. SETIA DIRAJA KEDAH (SDK)
  11. KESATRIA MANGKU NEGARA (KMN) - 
  12. BINTANG CEMERLANG KEDAH (BCK)
  13. PINGAT JASA MALAYSIA (PJM)
  14. PINGAT PERKHIDMATAN SETIA (PPS)
  15. PINGAT PERKHIDMATAN AM (PPA)
  16. PINGAT NEGARA BANGSA-BANGSA BERSATU (PNBB) (LUBNAN)
LOMPAT KIJANG OLEH NIZAM JAFFAR

Kenapa penulis sebut Lompat Kijang? Kalau Lompat Jauh, hanya sekali lompat sudah diukur jaraknya. Tetapi Lompat Kijang atau dalam Bahasa Inggerisnya Triple Jump, athlete perlu membuat tiga lompatan. Lompatan pertama Mohd Nizam dinaikkan ke pangkat Lt Jen ketika masih menyandang perjawatan hakiki Mej Jen (AKSPA), lompatan kedua beliau tidak perlu memegang jawatan hakiki Lt Jen malah memintas segala Lt Jen yang sedia ada, dan lompatan terakhirnya, beliau tidak perlu menyandang tugas PTD, terus melangkau ke jawatan PAT.

Ramai kenalan penulis bertanya soalan ini : Apa pendapat penulis tentang perlantikan Mohd Nizam sebagai PAT?
Beliau bukan sahaja memintas begitu ramai pegawai berpangkat Jeneral dan Lt Jen yang lebih kanan darinya serta melanggar kebiasaan (tradisi) pelantikan PAT dari kalangan 3 Panglima Perkhidmatan? Bahkan bukan dari kalangan penyandang perjawatan hakiki Lt Jen?

Jawapan penulis : Sebelum menjawab soalan di atas, penulis ingin penjelasan terlebih dahulu perkara berikut. Dari latar belakang kerjaya/kursus yang cemerlang; graduan RMAS Sandhurst, graduan US Staff College, dan graduan French Defence College, pernah jadi ADC PAT, pernah jadi ADC YDP Agong, kenapa beliau hanya dipertimbangkan ke National Resillience College setelah hampir 10 tahun menyandang pangkat Brig Jen? Kemana hilangnya nama beliau ketika satu demi satu (puluhan) junior beliau naik ke pangkat Mej Jen dan Lt Jen?

Laluan kerjaya beliau di penghujung perkhidmatan mempunyai sedikit persamaan yang penulis pernah lalui sebelum ini. Itu sahaja komen penulis.

KESIMPULANnya, Percaya kepada Allah, percaya kepada Qada' dan Qadar (ketentuan) Allah. 

....Maksud firman Allah (swt):
"DAN (INGATLAH) TATKALA TUHANMU MEMBERITAHU; SESUNGGUHNYA JIKA KAMU BERSYUKUR, PASTI KAMI AKAN TAMBAH NIKMAT KEPADAMU; DAN JIKA KAMU KUFUR, SESUNGGUHNYA AZABKU AMAT PEDIH".
(Surah Ibrahim : Ayat 7)


https://www.mafhq.mil.my/index.php/ms/
https://www.mafhq.mil.my/index.php/ms/maklumat/berita/738-jeneral-tan-sri-dato-seri-mohammad-serahkan-tampuk-pemerintahan-kepada-jeneral-datuk-haji-mohd-nizam#
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2025/01/1181316/jeneral-3-bintang-bakal-pecah-tradisi-teraju-angkatan-tentera

PERANAN SETERUSNYA

Pada 28 Julai 2025, Panglima Angkatan Tentera (PAT) Malaysia, Jeneral Tan Sri Mohd Nizam Haji Jaffar, telah dilantik mengetuai delegasi khas ke Thailand dan Kemboja dalam usaha mengukuhkan komitmen terhadap gencatan senjata serta-merta yang diumumkan susulan Mesyuarat Khas tiga negara (Malaysia-Thailand-Kemboja pada 27 Julai 2025).

Intisati peranan Malaysia

Malaysia perkukuh gencatan senjata Thailand-Kemboja: Panglima ATM mengetuai delegasi khas ke kedua-dua negara bagi memastikan pematuhan terhadap perjanjian damai yang diumumkan pada 28 Julai. Persetujuan dicapai bagi larangan serangan terhadap orang awam, pembekuan pergerakan tentera, penubuhan pasukan penyelaras bersama, dan persediaan menjelang Mesyuarat GBC pada 4 Ogos. Tindakan segera ini mencerminkan komitmen Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN dalam menjamin kestabilan serantau melalui rundingan dan kerjasama konstruktif.

Rujukan: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/gencatan-senjata-panglima-atm-ketuai-delegasi-khas-ke-thailand-dan-kemboja-531761

ANUGERAH SETERUSNYA

Pada 14 Ogos 2025, Jen Tan Sri Hj Mohd Nizam bin Jaffar telah dimasyhurkan sebagai penerima pertama anugerah Hall of Fame dari Maktab Ketahanan Nasional (MKN) @ National Resillence College (NRC).

Mohd Nizam merupakan peserta kumpulan (Cohort) sulung MKN pada tahun 2020. Beliau juga merupakan peserta terbaik cohort tersebut. Selanjutnya beliau telah dilantik menjadi Komandan ke 2 MKN pada tahun 1 Oktober 2020.

Mohd Nizam merupakan peserta (siswa) pertama MKN yang dilantik ke jawatan Panglima Angkatan Tentera mahu pun Panglima Perkhidmatan. Majlis induksi Hall of Fame tersebut disempurnakan oleh Komandan MKN, Mej Jen Abdul Karim bin Ahmad.



Rujukan: https://www.bernama.com/tv/news.php?id=2456681